Tuesday, May 31, 2016

My Review for Philips Electric Pressure Cooker HD 2139




Di atas permintaan sahabat2...saya berbesar hati untuk share review pasal Philips Electric Pressure Cooker HD 2139. Dh guna hampir 2 tahun. Dah naik lunyai dah pressure cooker (pc) ni.....sangat2 puas hati dengan kualiti & harganya. Super duper easy to use & sangat sesuai la untuk working mum. Jom baca review saya.





1. HARGA
Retail price kt website philips RM599. Harga lebih murah kalau rajin google online. Saya beli dulu RM399 @ ESH Empire subang Jaya. Berbaloi sangat harga dibandingkan dengan kualiti pc ni.

2. PARAS RUPA
Sangat menawan dengan kemasan body warna gold, LED press touch & very modern look. Saya bandingkan dengan periuk nasi tefal saya. Cantik jer parking atas kitchen table top.



3. SPESIFIKASI TEKNIKAL
Capacity bowl 6  liter
Cord length 1.2  m
Frequency 50  Hz
Power 1000  W
Voltage 240  V

Sumber : http://www.philips.com.my/c-p/HD2139_60/viva-collection-me-computerized-electric-pressure-cooker/overview

4. BAHAGIAN UTAMA


a. Periuk dalam
Diperbuat daripada aloi aluminium mempunyai ciri anti lekat & anti calar dengan kemasan emas. Ringan dan mudah dibasuh. Tak de masalah makanan yang dimasak melekat & hangus yer.






b. Butang tekan LED
Sangat mudah digunakan, masukkan bahan2 masakan, tutup periuk, tekan butang & start. Memasak secara automatik....ada preset menu & pilih sahaja. Ada menu untuk nasi, congee, soup, steam/stew, chicken/duck, beef/mutton, bean/tendon & cake.
Butang tekan LED lebih tahan lasak berbanding LCD panel.



c. Injap pengatur
Injap pengatur sgt mudah dilaras dengan tolak2 guna jari jer. Ianya juga senang dipasang & dikeluarkan untuk mudah dibasuh. Ada 3 kedudukan injap pengatur (tekanan tinggi, tekanan sederhana, tiada/lepas tekanan).


Sumber : http://www.philips.com.my/c-p/HD2139_60/viva-collection-me-computerized-electric-pressure-cooker/overview

d. Penutup periuk
Ianya mempunyai ciri pemegang yang tahan panas dan getah kedap yg boleh dipasang & dikeluarkan dengan mudah untuk dicuci.
Sumber : http://www.philips.com.my/c-p/HD2139_60/viva-collection-me-computerized-electric-pressure-cooker/overview

5. KELEBIHAN

a. Pilihan masa tekanan iaitu secara automatik & boleh dilaras dari 0-59 minit.
b. Ciri2 keselamatan yang sangat baik iaitu mempunyai alat pelepas tekanan automatik jika berlaku tekanan berlebihan semasa memasak.
c. Mempunyai fungsi browning (butang bake) sesuai untuk masakan barat & melayu yg gemar tumis menumis. Fungsi ini tak perlu tutup periuk.
d. Fungsi timer untuk lengah memasak 24 jam
e. Panel digital (LED) yang jelas & mudah dibaca
f. Pengunci injap tekanan yang sensitif supaya melindungi pengguna daripada tekanan tinggi
g. Fungsi membakar (baking) untuk hasil yang lebih rangup tetapi masih mengekalkan kelembapan makanan

Sumber : http://www.philips.com.my/c-p/HD2139_60/viva-collection-me-computerized-electric-pressure-cooker/overview

6. MASAKAN

Ni adalah contoh masakan yang dimasak guna periuk ajaib ni....selamat menjamu mata yer....heheheheh
  

Grilled chicken with pumpkin


Grilled lamb rack with potato


Chicken soup


Grilled lamb shoulder with potato


Beef stew


Grilled lamb shoulder with japanese sweet potato


Sotong masak paprik

 Beef bolognese

ubi kayu stim

Makaroni beef bolognese

Grilled honey chicken wings


Black pepper beef

Selamat membeli & mencuba yer.
Home cooking always the best!